Saturday, July 21, 2012

Fadhilat bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua :)

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..Alhamdulillah dan syukur kehadrat Allah s.w.t kerana beri lagi aku peluang utk merasai kenikmatan bulan Ramadhan pada tahun ni dan peluang utk beribadah kepadaNya..syukur ya Allah..

so, aku nak ucapkan selamat mengerjakan ibadah berpuasa utk korang semua..berebutlah dan gunakanlah masa yg ada dengan sebaik mungkin  utk beribadah dan meningkatkan amalan kita.
entry kali ni aku nak share sikit pelbagai fadhilat yg ade sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ni :)

Antara fadhilat nye ialah: 
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  •  Malam Lailatul Qadar
    •  adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  •  Diampunkan dosa-dosa
    • Apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Diberi kebajikan yg banyak
    • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Keindahan selepas mati
    • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Bersedekah
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
  • Dimakbulkan doa
    • Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)





I'm back!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..dapat jugak menaip kat blog sendiri ni..berdebu berhabuk bersawang bagai la blog ni bile lame sangat x update latest entry kat blog ni..hehe..bz yg teramat sgt tu yg xde mase nak update nye..dah name lagi ni blog utk cuti sem so cuti sem jela aku updatenye..kih3

yipppiii! skang ak cuti sem lame skit..so de la mase untuk merepek2 kat blog ni..insyaAllah aku akan cube merajinkan diri update ape2 lah yg patut kat blog ni sementara masih cuti ni kan..heee :) 

ok..bubbye! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...