Friday, August 5, 2011

sangat suka bila lelaki ber-blog

Assalamualaikum semua.. :)


ehem2..tajuk entry kali ni  boleh membuatkan kaum lelaki makin mengembang hidung, badan atau mungkin tetiba berat badan menaik secara mendadak disebabkan aku terpuji kaum adam ni..heee :) okey honestly memang aku sangat suke bila kaum lelaki ni ber-blog..tak kisah la kalau korang (lelaki) ni nak kembang kempis ke ape tapi ni memang pujian ikhlas dari aku yg dibuat secara live..hohoho :)

nah..mesti ada pulak kaum hawa dok tertanya2 awat la si liyana ni suke pulak lelaki ber-blog..puji diorang pulak tuh..dah knape x nak puji kita (kaum hawa) ni ber-blog? yes..secara totally nye aku memang suke bila girl2 yg kiut miut di luar sana nun ber-blog..nampak betol kecomelan dan ketulusan hati budi korang dalam menaip blog masing2..tapi korang perasan tak kebanyakkan yg monopoli blog ni adalah kaum wanita?
perasan kan...? so ia nya dah menjadi kebiasaan bila kita (kaum wanita) ni ber-blog dan menjadi LUAR BIASA bila lelaki ber-blog..

okey2..jangan gaduh2..maksud aku kat sini LUAR BIASA ni lah yg menarik perhatian aku..kita sedia maklum kan yg girl ni memang suke menaip, menulis, mengomel, mengumpat dan segala bagai lah kan..so ia akan menjadi satu keunikan bg aku bila lelaki yang menulis dan mencipta blog masing2..uniknya kerana kat sini kita boleh tau perasaan dia, message yg dia nak sampaikan, lawak yg diorang cuba create, dan macam2 cerita tentang diri, kawan,family, musuh, jiran sebelah umah, kucing or binatang kesayangan diorang..haaa..sangat la cute bila lelaki yg cerita kan sume ni dalam versi mereka sendiri..

haaa..bila dah suke lelaki ber-blog ni mestilah kita dok stalker je blog dia kan..dok bace lah entry dia dari latest entry sampai lah ke older older older post..sampai kan dah xde older post dah yg kita boleh bace..yg bestnye siap boleh ulang balik bace segala bagai entry tu sume keesokkan harinye..kalau masuk exam ni korang memang sangat excellent la coz boleh jawab dgn cemerlang..mane taknye coz dah hafal segala isi kandung yg de dlm blog tu.. :)

pastu bila si lelaki ni tak update blog dia mule lah korang tak senang duduk..kalau boleh nak je pegi umah dia suruh dia update blog dia (padahal umah dia pun xtaw katne..dia kenal korang pun tak)
fuhhh hebat kan penangan bila lelaki ber-blog ni..lepas ni ade lah tu lelaki2 di luar sana nun yg terkesima dgn2 simptom2 ni dan tetiba merajinkan diri update blog..hehe..tu okey lagi mane la tau lepas ni ade pulak lelaki yg dan dan tu nak sign up wat blog sendiri..hehehe..tak kesah la sume tu kan coz tu hak masing2..asalkan ape yg kita cerita dlm blog kita tu ikhlas dan jujur..
yang penting aku sangat suke bila lelaki ber-blog :)

...SeKiaN..
^_____^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...