Sunday, May 8, 2011

mama

Assalamualaikum :)

Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku dikurniakan seorang insan yang tiada tandingannya..insan yang aku gelarkannya sebagai mama.. aku memang mengaku awal2 la yang aku ni memang tak reti nak bermadah or berpuisi ni.. tak berape nak kreatif.. tapi nak jugak tu cuba..hehe.. yang penting puisi ni tulus ikhlas dari hatiku untuk mama sempena hari ibu ni.. :)

mama...
dikau adalah wanita yang telah melahirkan ku,
membesarkan ku dgn penuh kasih sayang,
mendidik ku hingga aku menjadi dewasa,
merawat ku ketika aku sakit

mama...
dikau ratu hatiku,
sentiasa bersama ku ketika aku susah & senang,
sentiasa cuba untuk memberikan yg terbaik untuk kami,
tidah pernah merungut walaupun mama dlm keadaan penat,

mama...
aku ingat lagi ketika aku sakit dulu,
mama sentiasa bersamaku,
menjaga ku dihospital,
sentiasa berikan kata2 positif utk ku ketika itu,
tak pernah jemu utk melayan kerenah ku dikala itu,
sentiasa disisi ku hingga aku sembuh

mama...
dikau adalah ratu hatiku,
dikau adalah rakan baikku,
tempat aku luahkan perasaan ketika gembira & sedih,
sentiasa berikan kata-kata semangat ketika aku sedih,
bersama-sama kongsi kegembiraan ketika aku sedang gembira,
dikau adalah insan yang  tidak akan ku lupakan hingga akhir hayatku

mama...
dikau adalah anugerah yang terhebat yg Allah kurniakan untukku,
jasa & pengorbananmu tidak mampu untuk aku balas,
kerana ia nya terlalu besar & tidak ternilai dgn wang ringgit,
aku hanya mampu memberikan sebuah kejayaan kepada mu,
kerana itu yg dikau harapkan untuk melihat ku berjaya,

mama...
terima kasih untuk segalanya,
tiada kata yg mampu aku ungkapkan betapa aku syg padamu,
begitu pentingnya dikau dlm hidupku ini,
aku tak tahu bagaimana hidup ku tanpa dirimu,
kerana dikau bagaikan udara yg aku sentiasa perlukan untuk aku terus hidup

mama...
tidak akan ku lupakan segala jasa & pengorbanan mu,
semoga syurga tempat abadi untukmu kelak,
hanya Allah yang mampu balas segala jasa & pengorbanan yg telah dikau curahkan selama ni,
semoga dikau sentiasa bahagia disamping kami disisi,
semoga hidupmu sentiasa diberkati oleh Nya
amin......








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...